21 May 2013

SeTenGaH MaTi

Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana

Mengapa kita
Masih saja tak pernah bersatu
Terlalu banyak bertemu
Bertemu saat kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku
Bukan takdirku
Terus terang

Aku merindu kamu setengah mati merindu
Tiada henti merindu kamu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu

Judika


19 April 2013

CaBaRAn MenyuSu

Lamanya nak post entry ni.. sambungan daripada post ini, cabaran menyusu yang pernah saya alami. Antaranya adalah seperti :-

1. Nak mengepam dalam kereta. 
Saya menggunakan pam Spectra 3. Dan pam ini memerlukan elektrik. So nak dijadikan cerita, sebelum saya kembali bekerja, saya berpindah rumah. Anak-anak ditinggalkan di rumah ibu dan ayah saya. Kononnya nanti saya nak pam bila sampai di rumah baru kami tu. Tapi sebelum sampai, kami singgah di rumah kawan saya, sebab dah janji dengan dia nak ambil almari tv yang dia dah tak guna. Sebaik sahaja selesai di rumah dia, saya rasakan B dah bengkak semacam tapi saya tak boleh nak pam sebab pam saya memerlukan elektrik. Mana nak cari elektrik dalam kereta. Haha. So sebagai pengajaran selepas itu, saya pun belilah Power Inverter yang membolehkan saya pam dalam kereta. Power Inverter ni macam charger yang kita guna dalam kereta, cuma bezanya, kita boleh guna soket yang ada 3-pin tu. Dengan itu, selesailah masalah untuk saya mengepam dalam kereta.  

Ni lah rupa Power Inverter tu..

 2. Susu merudum secara tiba-tiba.
Tak tahu kenapa, tapi masa tu baru sebulan saya kembali bekerja. Takkan begitu cepat susu saya drop. Daripada sekali pam boleh dapat 7 atau 8oz, bila drop, cuma dapat 4oz saja. Masa tu rasa macam pelik. Tapi bila difikirkan balik, saya rasa pada masa tu, saya tengah stress bekerja. Mungkin sebab itulah susu saya drop. Dan hasil daripada pembacaan, memang emosi seseorang mempengaruhi hasil susu yang dipam. So elak-elakkan la stress. Tapi ada jugak mereka yang stress, tiba-tiba susu jadi lebih banyak pulak. Bergantung pada badan seseorang jugak kot.

3. Terlupa bawa botol untuk mengepam.
Masa ni saya ditugaskan untuk bekerja di pejabat cawangan. Dan di situ cuma saya seorang yang mengepam. Saya cuma ada 1 botol kosong dan 1 botol susu di dalam peti ais. Kalau di pejabat biasa, ada jugak kawan lain yang turut sama mengepam susu, bolehla jugak saya pinjam kalau-kalau mereka ada botol lebih. Tapi masa saya terlupa bawa botol ni, tiada apa-apa yang boleh dijadikan back-up. Even plastic liner pun tak ada dalam beg susu. Terdiam sejenak, berfikir nak buat macamana. Saya minta pandangan kawan-kawan pejabat yang lain, mereka cadangkan beli botol air mineral dan kosongkan, dan guna botol tersebut untuk mengepam. Memandangkan saya cuma ada 1 botol kosong sahaja, maka sebelah lagi saya cuma guna Mug sahaja semasa mengepam. Rasa agak lucu pada masa tu, tapi nak buat macamana, darurat. Haha. Dan saya cuma pam sekali sahaja, sebelah petang saya bagi direct pada Aniq sebaik sahaja balik kerja.

So far, ni la antara cabaran terbesar yang pernah saya hadapi. Yang lain tu mungkin penyakit malas, ataupun sibuk! hehe..

22 March 2013

HuMaiRa 3rd BirthDay

Hi...

Baru perasan, belum ada entry lagi di tahun 2013 ni.. haha..
Tengok blog orang lain rajin jer, tapi blog sendiri tak menyempat nak update.. 

Humaira turns 3 on 25th February 2013.. So kami pun merancang untuk buat Majlis Makan-makan sempena Birthday Maira.. ceh, saja tak nak sebut Birthday Party, sebab tak macam party pun.. hehe.. cuma jemput jiran-jiran dan kawan-kawan terdekat.. Memandangkan Hari Jadi Maira yang sebenar jatuh pada hari Isnin, majlisnya dibuat pada hari Sabtu, 2 Mac 2013.. Sebelum ni tak pernah buat apa-apa majlis pun kat rumah, sebabnya masa dulu duduk rumah parents.. sekarang dah duduk rumah sendiri, and fikir-fikir Maira pun dah 3 tahun, mungkin dah boleh faham bila dia potong kek, ada belon dan kawan-kawan sepermainan.. Disebabkan itu, maka kami pun bersetuju nak buat majlis ni kat rumah..

Untuk menu utama, kami pilih spaghetti bolognaise dan bihun sup daging.. desert adalah cheesetart dan muffin.. kami juga hidangkan kentang goreng untuk kanak-kanak dan buah tembikai sebagai pencuci mulut.. untuk air, kami pilih air laici dan cendol.. kebetulan masa hari majlis, cuaca agak panas, so para tetamu sangat teruja menikmati cendol.. Untuk spaghetti bolognaise dan cendol, saya order dari adik officemate.. desert juga daripada officemate.. bihun sup daging adalah air tangan daripada jiran-jiran saya.. Masa hari majlis, agak sibuk melayan tetamu, sampai terlupa nak ambil gambar makanan :(

Kek hari jadi Maira, saya tempah daripada officemate juga.. Ooh, baru perasan, dah sebut officemate 3 kali, dan officemate di sini adalah 3 orang yang berbeza.. hehe.. Request kat dia untuk buat kek Red Velvet Upin & Ipin, disertakan sekali gambar Maira.. dan inilah hasilnya.. 






Hmm.. ini pertama kali buat majlis di rumah sendiri.. kebanyakan persiapan sebelum dan sesudah majlis saya buat berdua dengan encik suami.. baru tau macamana penatnya buat majlis kat rumah kan.. haha.. sudahlah kami buat berdua, dengan kerenah anak-anak lagi.. huaarrghhh.. sebelum majlis tu kira ok lagi sebab jiran-jiran datang membantu, sementara saya menyusukan Aniq sampai dia tidur.. nasib baik dia nak tidur, bolehla buat kerja dengan tenang.. Selepas majlis, selepas semua tetamu pulang, kerja mengemas pun bermula.. Encik suami kemas kat luar rumah, saya kemas kat dalam rumah.. pukul 9 malam, hampir 90% dah siap kemas.. mandikan anak-anak berdua dan birthday girl terus tertidur.. penat yang amat sangat sebab dia tak tidur sepanjang hari..

Esoknya, pagi-pagi Ahad pulak ada tournament futsal, anjuran rukun tetangga kawasan perumahan saya.. Tak habis penat buat majlis lagi, kami pegila support futsal pulak.. tapi tak tunggu sampai habis.. lunch hour tu kitorang balik rumah dah dan berehat seadanya..